Thursday, December 11, 2008

WHAT IT IS?





MOKUSAKU adalah bahan berasaskan organik yang tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan telah mula digunakan sejak kurun ke 19.Pengunaanya yang tidak meninggalkan kesan sampingan dan selamat utk persekitaran bersifat mesra alam.MOKUSAKU begitu sesuai digunakan dalam semua bidang yg berkaitan perladangan,penternakan,penyemaian dan sektor pertanian.


Terhasil dari penyejatan wap dari proses pembakaran kayu segar terpilih dan berkualiti pada ketetapan suhu tinggi yang terkawal. Cairan ini mengandungi lebih 200 komponen seperti acetik acid, formaldehyde, ethyl-valerate, methanol, nutrient, tar dan banyak lagi.


KELEBIHAN ?

Mokusaku mempunyai beberapa kelebihan yang tersendiri seperti:

1.Didalam bidang Pertanian dan Peladangan

  • Berkesan dalam meningkatkan lagi kualiti kesuburan tanah.
  • Menguatkan ketahanan tanaman terutama sekali pada bahagian akar.
  • Berkesan untuk menjauhkan tumbuhan dan sayuran dari serangan makhluk perosak.
  • Menambah baik kandungan mikrob didalam tanah.
  • Mengembalikan rasa asli pada hasil pertanian dan produk yg berkaitan.
  • Meningkatkan lagi hasil pengeluaran tanaman hampir 70% dgn kos yang lebih menjimatkan.
  • Tidak meninggalkan kesan sampingan seperti bahan kimia kerana ia lebih bersifat pertanian organik dan mesra alam.


2.Didalam bidang Penternakan dan Pemeliharaan

  • Mampu bertindak mengurangkan dan meneutralkan bauan yang melibatkan najis haiwan ternakan.
  • Menjadi mandian pembasmi kuman,virus dan penyakit berjangkit yg menyerang haiwan ternakan.
  • Membantu haiwan ternakan lebih sihat dan menhalang dari serangan penyakit.
  • Meningkatkan kualiti daging ternakan dan susu yang dihasilkan.
  • Mampu bertindak menjauhkan haiwan peliharaan dari mendekati kawasan pembuangan najis yang kita tidak ingini.(buang merata-rata)


3.Kegunaan umum dalam harian Manusia

  • Sebagai produk kosmetik dan perubatan
  • Sebagai mandian antiseptic yang berkesan terutama sekali yg melibatkan penyakit kulit.
  • Sebagai bahan cucian membasmi kuman pada pakaian.
  • Mengurangkan dan mampu menghilangkan bauan yang kurang menyenangkan terutama sekali didalam tandas dan bilik air.
  • Mampu mengawal dan mengurangkan kandungan gula dalam badan yang terutama sekali kepada pengidap penyakit Diebetis.
  • Mampu menyahtoksid yang berlebihan dalam badan (Detox Plaster).


Hasil dari beberapa kajian yang dijalankan oleh negara-negara maju juga mendapati Mokusaku boleh digunakan untuk pembuatan bahan-bahan pencuci pinggan mangkuk, sabun mandi, syampu rambut, penghindar nyamuk dan serangga serta ubat-ubatan farmasi.


CIRI-CIRI AM DAN APLIKASINYA


• Bertindak sebagai penangkis makhluk perosak, mengawal pertumbuhan kulat merbahaya dan bakteria.
• Membasmi kuman dan meneutralkan keasidan tanah, membaiki tahap pH dan menambah kepekatan Nitrogen menjadikan tanah lebih sihat.
• Mengurangkan kerosakan oleh penyakit tumbuhan dan serangga musuh tanaman.
• Mengurangkan penggunaan bahan kimia dan baja komersial sehingga 50%.
• Menambah jangkahayat batas tanaman, memanjangkan tempoh kesegaran sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan, menambah kemanisan buah-buahan dan tebu.
• Menghilangkan bau bahan buangan ladang dan membasmikuman ladang ternakan lembu, ayam dan sebagainya.
• Sebagai bahan tambahan makanan ternakan - menambah kualiti dan kemanisan daging ternakan & ikan, menambah nutrien telor.
• Mengurangkan masa kukusan bongkah cendawan, menghindar masalah kulat hijau, oren dan hitam dalam industri cendawan.

Penggunaan Pertanian/Peladangan
• Untuk kawalan makhluk perosak dan mikroorganisma pada lubang tanaman, cairkan pada nisbah 1:50 (mokusaku : air) 10 hari sebelum menanam, siramkan pada lubang tanaman.
• Untuk mengelakkan hama dalam proses pembenihan, cairkan pada nisbah 1:800, semburkan pada benih di tapak semaian setiap 10 hari.
• Untuk mengawal makhluk perosak dan membunuh kulat merbahaya, cairkan pada nisbah 1:200, semburkan pada pucuk dan daun seminggu sekali.
• Untuk membasmikuman dan meneutralkan pH tanah, cairkan pada nisbah 1:300, siramkan pada akar pokok.
• Untuk mengurangkan buah gugur dan menambah kualiti buah, cairkan pada nisbah 1:500, semburkan pada putik buah.
• Untuk kawalan serangga, gunakan pada kecairan 1:1000 dan campurkan dengan 50% kepekatan racun serangga dari biasa.
• Untuk kawalan rumpai/lumut, nisbah 1:5, semburkan terus pada rumpai/lumut.



Penternakan/Pemeliharaan
• Boleh digunakan sebagai mandian ternakan (kecairan 500-1000x), campuran makanan (kecairan 100x, 1 liter utk 100kg makanan) dan juga sebagai bahan antikuman untuk pembersihan kandang (kecairan 100-500x).
• Ini dapat menghilangkan sakit perut haiwan, meningkatkan kualiti daging, susu, merangsang pembesaran dan menjadikan haiwan berasa lebih "selesa".

Kegunaan harian umum manusia
• Letakkan secawan kecil mokusaku pada sudut tandas akan menghilangkan bau tidak menyenangkan.
• Mengurangkan semut, lipas dan lain-lain serangga, cairkan 1:2, sembur pada sudut-sudut rumah.
• Menghilangkan bau sampah, cairkan pada nisbah 1:5, semburkan pada tong dan bekas sampah.

UNTUK MENDAPATKAN APLIKASI PENGUNAAN UNTUK PERTANIAN BOLEH DOWNLOAD DISINI ATAU DI SHORT LINK 'TU SEBELAH KANAN JE'

No comments:

Post a Comment